Screenshot

LATAR BELAKANG

sejarah penubuhan peryatim

Sejarah Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) bermula apabila  Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PKAYNS) didaftarkan pada 3 Mei 1978 di bawah Akta Pertubuhan.

Nama tersebut telah ditukar pada tahun 2005 dan digantikan dengan penubuhan sebuah organisasi amanah kebajikan yang dinamakan Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim di bawah The Charitable Trusts Ordinance, Cap. 1994 berkuatkuasa pada 1 Julai 2005, atau lebih dikenali sebagai PERYATIM.

Screenshot

PENAUNG PERTAMA

Allahyarhamah Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila Taib dengan tujuan utama penubuhan kompleks ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim di seluruh Negeri Sarawak.

KRONOLOGI PEMBUKAAN KOMPLEKS PERYATIM

24 JUN 1993
Kompleks Kebajikan Laila Taib (KKLT) Kuching
28 MEI 2008
kompleks kebajikan hamidah yakup (kkyh) miri
jun 2014
Kompleks kebajikan anak yatim sibu
mac 2015
kompleks kebajikan anak yatim bintulu
Screenshot
image

PENGHUNI KOMPLEKS ANAK-ANAK YATIM TERDIRI DARIPADA

berbagai keturunan suku kaum yang terdapat di Sarawak seperti Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Cina dan sebagainya. Mereka berumur di antara 7 hingga 19 tahun, iaitu dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 Atas.

Segala usaha ini bukan sahaja hasil kerja keras warga PERYATIM semata-mata, tetapi lebih banyak hasil sumbangan dan sikap prihatin orang ramai yang sentiasa menyumbang derma kepada PERYATIM.