Malay  | English
online visitor Pelawat Di Talian 3
total visitor Jumlah Pelawat 51,797
Kemaskini Pada: 7 Nov 2018
Versi 7.1.7d
Latar BelakangLatar Belakang

 

 

Sejarah Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) bermula apabila Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PKAYNS) didaftarkan pada 3 Mei 1978 di bawah Akta Pertubuhan.

Nama tersebut  telah ditukar pada tahun 2005 dan digantikan dengan penubuhan sebuah organisasi amanah kebajikan yang dinamakan Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak di bawah The Charitable Trusts Ordinance, Cap. 1994 berkuatkuasa pada 1 Julai 2005, atau lebih dikenali sebagai PERYATIM.

Penaung pertama pihak PERYATIM ialah Allahyarhamah Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila Taib dengan tujuan utama penubuhan kompleks ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim di seluruh Negeri Sarawak.

Kronologi sejarah pembukaan empat (4) buah Kompleks Cawangan PERYATIM di Negeri Sarawak adalah seperti berikut :-

1)    Kompleks Kebajikan Laila Taib (KKLT), Kuching

  • Dirasmikan pada 24 Jun 1993


2)    Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup (KKHY), Miri

  • Dirasmikan pada 28 Mei 2008


3)    Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu

  • Mula beroperasi pada bulan Jun 2014


4)    Kompleks Kebajikan Anak Yatim Bintulu

  • Mula beroperasi pada bulan Mac 2015


Penghuni kompleks anak-anak yatim terdiri daripada berbagai keturunan suku kaum yang terdapat di Sarawak seperti Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Cina dan sebagainya. Mereka berumur di antara tujuh (7) hingga sembilan belas (19) tahun, iaitu dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 Atas.

Segala usaha ini bukan sahaja hasil kerja keras warga PERYATIM semata-mata, tetapi lebih banyak hasil sumbangan dan sikap prihatin orang-ramai yang sentiasa menyumbang derma kepada PERYATIM.